donald trump

Donald John Trump (lahir 14 Jun 1946) ialah seorang ahli perniagaan, personaliti televisyen, ahli politik dan Presiden Amerika Syarikat ke-45.
Pada tahun 1971, Trump mengambil alih firma hartanah dan pembinaan keluarganya, Elizabeth Trump & Son yang kemudiannya dinamakan semula kepada The Trump Organization. Semasa kerjaya perniagaan beliau, Trump telah membina, mengubah suai dan mengerusi beberapa menara pejabat, hotel, kasino dan lapangan golf. Beliau juga merupakan pemilik pertandingan ratu cantik Miss USA dan Miss Universe dari tahun 1996 sehingga 2015. Dari tahun 2004 sehingga 2015, beliau merupakan pengacara program televisyen, The Apprentice. Setakat tahun 2016, Forbes menyenaraikannya sebagai orang ke–324 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak $4.5 bilion.
Trump mencari tiket untuk calon presiden daripada Parti Pembaharuan pada tahun 2000 tetapi menarik diri sebelum undian bermula. Pada bulan Jun 2015, beliau mengumumkan pencalonannya untuk Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2016. Selepas calon-calon lain menghentikan kempen mereka pada bulan Mei 2016, Trump dinamakan sebagai calon presiden pada bulan Julai bersama-sama Mike Pence sebagai gandingannya. Trump menang pilihan raya pada 8 November 2016 dan mengambil alih jawatan pada 20 Januari 2017.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

storyboard

lirik lagu ujung aspal pondok gede

haji